Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.
Antara yang diperkenalkan adalah sebuah Bantuan sebanyak RM1,200 yang dibayar secara berperingkat kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan. Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan ini: –
Bantuan RM1,200 (Sumbangan Asas Rahmah)
Pada tahun 2024 ini, pihak Kerajaan telah meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada golongan B40 dan M40 di negara ini. Seperti mana semua sedia maklum, STR adalah kesinambungan bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
Syarat-syarat kelayakan STR bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan bantuan tambahan kepada penerima sedia ada STR yang dikenali sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini diberikan dengan kadar RM1,200 (bagi Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan) dan RM600 (bagi bujang).
Syarat-syarat kelayakan SARA adalah seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
Cara Pembayaran Bantuan RM1200/RM600
Berkenaan dengan cara pembayaran SARA, ia akan dibuat dengan dua kaedah mengikut tempat tinggal penerima yang layak.
Bagi penerima daripada Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan) – Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024) secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
Bagi penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula – Bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun (19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024) mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, mereka boleh menerima SARA yang dimasukkan ke MyKad untuk membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Lulu Supermarket, serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sila rujuk di Portal Rasmi MyKasih – DI SINI.