Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing. Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan kepada bantuan-bantuan sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan sebagainya. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024: –
Sumbangan Tunai Rahmah 2024
Untuk makluman, program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalaj bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. Dengan hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024 ini, mereka yang layak menerima STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta. Mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3
Seperti mana bantuan-bantuan kewangan sebelum ini, STR juga diagihkan kepada yang layak secara berperingkat. Bagi Fasa 1 dan Fasa 2, ia telah pun disalurkan dengan kadar-kadar tertentu pada bulan Januari dan April 2024 lalu.
Manakala, bagi STR Fasa 3 pula akan dibayar pada bulan Ogos 2024. Namun begitu, tarikh rasmi dan jumlah pembayaran Fasa 3 masih belum diumumkan oleh pihak Kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Berkenaan dengan cara pembayaran pula, ia akan dibuat dengan dua cara iaitu:
- Kredit terus ke akaun penerima seperti mana yang diberikan ketika membuat permohonan; ATAU
- Pengambilan tunai di cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat bagi mereka yang tiada akaun bank atau ia berstatus tidak aktif.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi yang belum membuat permohonan pula, permohonan masih dibuka sepanjang tahun 2024 dan boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR melalui MySTR. Selain itu, permohonan kemaskini, rayuan / rayuan tambahan dan perubahan maklumat asas permohonan juga boleh dibuat di portal sama.
Secara lebih khusus, mereka boleh membuat Permohonan Baharu STR 2024 adalah seperti berikut:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem STR 2024; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan.
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.