Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad
EKSEKUTIF PERLADANGAN
- Taraf Jawatan: Sepenuh Masa
- Penempatan: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
- Gaji: RM2,400 – RM3,200
Syarat-syarat Kelayakan
- Terdiri daripada Warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki Ijazah Sarjana atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pertanian, Pengurusan Ladang atau bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Berpengetahuan dalam pengurusan aktiviti jual beli BTS atau pengoperasian aktiviti Pusat Mengumpul Sawit (PMS);
- Mempunyai pengetahuan dalam bidang perladangan kelapa sawit adalah kelebihan;
- Mampu bekerja secara berdikari dan berkumpulan;
- Mampu menangani isu-isu perladangan mengikut kesesuaian semasa;
- Bertanggungjawab, amanah, proaktif dan mempunyai kemahiran interpersonal yang baik;
Deskripsi Tugas
- Menyediakan laporan perkembangan aktiviti perladangan dan Buah Tandan Segar (BTS) bagi setiap hari, bulan dan tahunan untuk ibu pejabat;
- Bertanggungjawab dalam memastikan proses kerja-kerja tadbir urus aktiviti di Jabatan Perladangan berjalan mengikut program dan arahan yang ditetapkan.
- Melakukan pemantauan bagi operasi kerja aktiviti jabatan berjalan dengan lancar dan mengikut SOP syarikat.
- Membantu dalam merancang, menentukan kos, menyediakan penugasan pekerja, penilaian pekerja, pengaturan pekerja, perhubungan, penyelarasan kerja dan lain-lain.
- Bersedia melaksanakan tugasan tambahan yang diberikan dari semasa ke semasa samada dari ketua jabatan mahupun pengurusan.
- Berperanan sebagai orang tengah antara tenaga kerja dengan pihak pengurusan dalam menyumbangkan idea atau keputusan untuk penambahbaikan syarikat.
- Bersedia menjalani latihan, kursus dan seminar untuk peningkatan prestasi kerja.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi yang hebahan jawatan kosong. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) atau dahulunya dikenali sebagai Koperasi Permodalan FELDA Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 (kini Akta Koperasi 1993).
Objektif penubuhannya adalah untuk menjadikan KPF sebagai suatu wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA. Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF, juga merupakan suatu wawasan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.
Selain Keanggotaan dan Modal Syer, bidang keberhasilan juga didapati dalam Pelaburan Korporat, Perladangan, Hartanah, Pasaran Modal, Perbankan Komersial, dan Perkhidmatan Ar-Rahnu.
Antara pencapaian tertinggi yang diperolehi adalah seperti Anugerah 100 Koperasi Terbaik Malaysia, Anugerah Koperasi Terbaik Wilayah Persekutuan dan Anugerah Khas Koperasi Terbaik Malaysia dalam bidang Perladangan dan Hartanah.
KPF juga telah melaksanakan pelbagai jenis aktiviti seperti pelaburan luar negara dalam hartanah di Mekah, pembangunan hotel dan hartanah di Bangi, Pelaburan modal syer dalam Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (BKRM) dan banyak lagi.