Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM)
- JURUVIDEO (MYSTEP 41)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM2,100/sebulan
- Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
- PENYUNTING VIDEO (MYSTEP 29)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,900/sebulan
- Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
- PEREKA GRAFIK (MYSTEP 29)
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,900/sebulan
- Manfaat: Cuti Sakit, Cuti Rehat, Caruman KWSP dan Caruman PERKESO
Syarat-syarat Kelayakan
- JURUVIDEO (MYSTEP 41)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institut Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai bakat, kebolehan dan kreativiti membuat liputan/rakaman video dan mengendalikan Facebook Live bagi program-program KPWKM
- PENYUNTING VIDEO (MYSTEP 29)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sekurang-kurangnya memiliki STPM dan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki kemahiran menggunakan Adobe Premiera, Adobe Affter Effect dan software yang berkaitan;
- Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dalam menghasilkan grafik dan video serta mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka dan videografi;
- Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik.
- PEREKA GRAFIK (MYSTEP 29)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sekurang-kurangnya memiliki STPM dan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai bakat, kebolehan, daya kreativiti dalam menghasilkan grafik dan mempunyai pengalaman dalam bidang seni reka grafik adalah satu kelebihan;
- Memiliki kemahiran menggunakan Adobe Illustrator, Adobe Indesign, Adobe Photoshop;
- Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat dengan menghantar menghantar resume dan portfolio ke alamat e-mel: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 10 Julai 2024 (Rabu)
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Info Tambahan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluas dan ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001.
Selaras dengan penubuhan KPWK, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian ini. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Pada 27 Mac 2004, fungsi Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan dan telah dipindahkan ke KPWK. Sehubungan itu, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Misi utama KPWKM adalah bagi membangun masyarakat sejahtera secara inklusif dan saksama melalui inovasi sosial dan kebajikan produktif.