Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia adalah bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan mereka yang berpendapatan dalam kategori B40 dan M40.
Ia termasuklah dengan memperkenalkan bantuan membina rumah kepada mereka yang memerlukan menerusi sebuah program yang dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan RMR ini:
Rumah Mesra Rakyat 2024
Bagi tahun 2024 ini, pihak Kerajaan setuju untuk meneruskan pelaksanaan Program Rumah Mesra Rakyat atau RMR. Program ini pada asasnya diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Keluasan rumah RMR setiap unit adalah 750 kps dan sebuah rumah satu tingkat, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap unit RMR juga akan menerima sudsidi pembinaan sebanyak RM20,000 dari pihak Kerajaan.
Syarat-syarat Kelayakan RMR
- Warganegara Malaysia.;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat
Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan RMR, permohonannya boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Permohonan RMR SPNB.
- Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR;
- Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap;
- Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon;
- Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR;
- Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem;
- Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang;
- Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan;
- Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
Setiap permohonan juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
- Salinan kad pengenalan tuan tanah;
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*;
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*;
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
- Salinan sijil nikah pemohon;
- Borang laporan tapak bergambar.
Dimaklumkan bahawa Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang hendaklah disahkan oleh Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB juga berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Format bagi Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar adalah seperti mana yang telah disediakan oleh SPNB. Keperluan pemohon kedua pula adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Bagi mereka yang telah diluluskan permohonannya, mereka bertanggungjawab melakukan perkara-perkara di bawah ini:
- Perlu mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
- Perlu menyediakan tapak cadangan termasuk jalan masuk untuk pembinaan.
- Perlu menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
- Perlu membuat penyambungan bekalan utiliti setelah rumah disiapkan.
- Perlu membuka akaun bank bagi pembayaran balik bulanan.