Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Ia adalah bagi meringankan beban mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan rakyat Malaysia dalam kategori B40 dan M40.
Salah satunya dalah melalui sebuah insiatif yang dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat (RMR). Ini adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan rumah ini:
Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Rumah Mesra Rakyat (RMR) adalah sebuah program di bawah Kerajaan Persekutuan dan dikendalikan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad. Ia diperkenalkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM5,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Ciri-ciri rumah RMR ini ialah sebuah rumah setingkat dengan 3 buah bilik tidur dan 2 buah bilik air yang boleh dibina di tanah sendiri. Keluasan rumah pula adalah 750 kps. Setiap rumah RMR juga akan diberikan bantuan kerajaan dalam bentuk subsidi pembinaan sebanyak RM20,000.
Harga bagi setiap unit RMR adalah antara RM75,000 hingga RM85,000 dan pembiayaan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.;
- Pemohon mestilah berumur 18 sehingga 65 tahun;
- Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM 5,000;
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna;
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/bebanan/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan;
- Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,000 kps (tertakluk kepada rekabentuk);
- Tertakluk kepada peruntukan kewangan.
Cara Memohon
Untuk mereka yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan, permohonanRMR hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Permohonan RMR. Ini adalah tatacara membuat permohonan itu:
- Tekan butang permohonan di Portal Pendaftaran RMR;
- Klik pendaftaran baru dan isi borang pendaftaran login dengan lengkap;
- Login ID dan kata laluan akan dihantar kepada pemohon;
- Log masuk ke Laman Utama, dengan menggunakan login ID (e-mel) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR;
- Lengkapkan borang dengan mengisi maklumat ke dalam sistem;
- Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang;
- Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan;
- Maklum balas dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan.
Pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat pemohonan:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan);
- Salinan kad pengenalan tuan tanah;
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan);
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru;
- Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*;
- Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*;
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah;
- Salinan sijil nikah pemohon;
- Borang laporan tapak bergambar.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang – ia perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A. SPNB juga berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.
Untuk format Surat Akuan Bersumpah dan Borang Lawatan Tapak Bergambar pula adalah seperti mana yang disediakan oleh SPNB. Manakala, keperluan pemohon kedua adalah bertujuan untuk pengambilan insurans (pinjaman) dan mewakili pemohon (jika perlu) bagi tujuan pembayaran bulanan.
Maklumat lengkap dan lebih teliti berkenaan RMR boleh dilihat di Portal Rasmi SPNB – DI SINI.