Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Selain itu, terdapat juga pelbagai program yang diperkenalkan seperti pengeluaran simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pelbagai program seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.
Namun begitu, masih ramai yang telepas pandang berkenaan dengan sebuah lagi program di bawah KWSP yang dikenali sebagai i-Lindung. Berikut adalah penjelasannya: –
Pengeluaran KWSP melalui i-Lindung
Bagi pengetahuan semua, i-Lindung adalah sebuah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang memudahkan proses pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA, ahli KWSP boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans dan Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga.
Terdapat dua jenis insurans yang ditawarkan iaitu Perlindungan Hayat dan Perlindungan Penyakit Kritikal. Ia sekaligus dapat membantu para ahli ketika berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa depan dengan perlindungan yang ada.
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan i-Lindung:
- Warganegara Malaysia;
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP;
- Pengguna i-Akaun (Ahli) & menggunakan aplikasi KWSP i-Akaun baharu sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian.
Ciri-ciri utama i-Lindung
- Proses yang Lancar:
- Cara yang mudah untuk mendapatkan produk perlindungan tanpa perlu pemeriksaan kesihatan
- Sebut Harga Serta-merta:
- Dapatkan sebut harga produk yang ditawarkan secara dalam talian
- Pusat Maklumat:
- Kemudahan akses dan menganalisis semua maklumat produk yang ditawarkan sebelum membuat pilihan
- Paparan Keseluruhan:
- Memaparkan maklumat berkaitan polisi/ sijil yang dibeli secara keseluruhan
- Bila-bila Masa dan di Mana Sahaja:
- Kelebihan untuk mendapatkan produk pada bila-bila masa dan di mana jua
Cara Memohon
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, mereka boleh menggunakan i-Lindung bagi membeli polisi perlidungan hayat dan penyakit kritikal. Tatacaranya pula adalah seperti berikut:
- Langkah 1: Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun baharu
- Langkah 2: Klik ‘Pengeluaran’ dan klik ‘Pelan Perlindungan Ahli’
- Langkah 3: Klik ‘Dapatkan sebut harga insurans & takaful’
- Langkah 4: Pilih ‘Siapa yang anda ingin lindungi?’ dan kunci masuk semua maklumat
- Langkah 5: Pilih ‘Jenis produk’ dan pilih ‘Produk’ untuk pembelian
- Langkah 6: ‘Semakan Ringkasan’ maklumat dan lakukan ‘pengisytiharan & persetujuan’
- Langkah 7: Permohonan di route ke laman web SIT dan lengkapkan maklumat di SIT
- Langkah 8: Pengesahan permohonan bagi membolehkan proses pembayaran dijalankan
- Langkah 9: Penerimaan maklumat polisi/sijil dari SIT
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dimaklumkan bahawa pengesahan bagi permohonan adalah serta merta. Ahli juga boleh rujuk bahagian Sejarah Transaksi di i-Lindung untuk memeriksa status permohonan.
Perlindungan pula akan bermula setelah permohonan diluluskan. Ahli boleh merujuk kepada Tarikh Mula yang dipaparkan pada dokumen polisi/sijil anda yang dikeluarkan oleh SIT. Dokumen polisi/sijil ahli akan dihantar melalui e-mel oleh SIT ke alamat e-mel anda yang berdaftar. Ia juga boleh didapati di bahagian ‘Pelan Perlindungan Saya’ di portal i-Lindung pada butang ‘Lihat e-Sijil’.
Akan tetapi, setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin memakan masa beberapa hari. Walau bagaimanapun, status polisi/sijil ahli akan kekal aktif kecuali pembayaran ditolak. Sekiranya pembayaran ditolak, polis /sijil yang dibeli akan dibatalkan oleh SIT.
Oleh itu, ahli dinasihatkan untuk menyemak status permohonan pembayaran di bahagian Sejarah Transaksi di dalam portal i-Lindung untuk memastikan tiada komplikasi terhadap status polisi/sijil ahli.
Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.