Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
JURUTERA AWAM GRED J44
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM3,608 – RM10,557
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan tidak kurang dari 5 tahun.
Bidang Tugas
- Memantau pengurusan pembinaan lebuh raya berdasarkan Perjanjian Konsesi (CA), Garis Panduan Pengurusan Trafik, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008, Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 14001:2004, Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS) 18001:2007/MS 1722:2011 dan Standard Operating Procedure (SOP) pembinaan dan penalti;
- Memantau keperluan pasca pembinaan berdasarkan Perjanjian Konsesi (CA), Garis Panduan Pengurusan Trafik, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008, Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 14001:2004, Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OHSAS) 18001:2007/MS 1722:2011 dan Standard Operating Procedure (SOP) pembinaan terutamanya bagi aspek lukisan terbina (as-built drawing), Road Safety Audit (RSA) Stage 4 dan lain-lain;
- Memantau projek penswastaan lebuh raya berdasarkan Project Management Body of Knowledge (PMBOK) Handbook;
- Menguruskan maklumbalas parlimen, aduan awam dan kejadian hal-hal luar jangka berpandukan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2008;
- Menyediakan panduan /SOP berkaitan pembinaan;
- Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan projek yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Sistem eJawatan LLM. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 27Jun 2024, Khamis.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) adalah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1980. Tujuan utama penubuhan LLM adalah bagi menyelia dan melaksanakan rekabentuk, pembinaan, pengawalan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya- lebuh raya, mengenakan dan mengutip tol, membuat kontrak dan membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Objektifnya pula adalah untuk merancang, merekabentuk, memaju, mengendali dan menyelenggarakan rangkaian lebuh raya moden yang lengkap dengan segala kemudahan dan keperluan bagi mengadakan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya yang cepat, selamat dan cekap untuk negara secara keseluruhannya, menghubungkan kesemua pekan utama yang sedia ada serta kawasan yang mempunyai potensi pembangunan ekonomi, budaya dan sosial serta perpaduan negara dan membolehkan suatu rangkaian pengangkutan jalanraya awam antara bandar yang berkesan diadakan di seluruh negara disamping melatih kakitangan bagi memajukan kepakaran mereka dalam semua aspek yang berkaitan dengan pembangunan, pengendalian dan penyelenggaraan lebuh raya.