Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
- PEGAWAI TADBIR (N41)
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
- PEGAWAI KESELAMATAN (KP41)
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,081 – RM9,547
- PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN (G29)
- Kumpulan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,494 – RM5,674
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU AWAM (H11)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
- PEMBANTU OPERASI (N11)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,216 – RM2,983
- PEMANDU KENDERAAN (H11)
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki kelayakan akademik di peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan setiap jawatan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan setiap jawatan;
- Maklumat lengkap berkenaan syarat-syarat kelayakan khusus bagi setiap jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Sistem eJawatan KETENGAH. Permohonan bagaimanapun akan ditolak sekiranya:
- Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
- Borang tidak lengkap atau tidak terang;
- Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
- Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi Pegawai yang sedang berkhidmat.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 29 Jun 2024, Sabtu.
Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang telah diperbadankan pada 12 April 1973. Ia telag diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.
Fungsi utamanya pula adalah seperti berikut:
- Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Terengganu Tengah;
- Memajukan, meransang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersial dalam kawasan Terengganu Tengah;
- Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu dalam kawasan Terengganu Tengah.
Visi KETENGAH pula adalah sebagai peneraju pembangunan sosioekonomi Wilayah KETENGAH Tahun 2025 dan misinya untuk memperkasakan pembangunan sosioekonomi bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pelaksanaan secara mampan dan holistik.