Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Wallet yang dikenali sebagai BINGKAS. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Dompet ini: –
BINGKAS: e-Wallet RM300 setiap bulan
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau singkatannya BINGKAS adalah sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaam Negeri Selangor kepada golongan B40 berkelayakan.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga membeli barangan keperluan asas bagi kualiti hidup mereka dapat terus makmur.
Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Jumlah BINGKAS yang ditetapkan pula adalah sebanyak RM500 dan akan dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada mereka yang layak dan diluluskan permohonannya.
Manfaat-manfaat Utama BINGKAS
- E-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet);
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
- E-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Syarat-syarat Kelayakan BINGKAS
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM5,000 sebulan.
Cara Memohon
Permohonan BINGKAS ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS atau aplikasi SELANGKAH. Bagi setiap permohonan, pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut ketika membuat permohonan:
- Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan harian seperti beras, roti, biskut, telur, tepung, gula, garam, ubatan-ubatan, sayur-sayuran, daging, ayam, ikan, kelengkapan mandian, produk tenusu, barangan sekolah, barangan pendidikan dan sebagainya.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri Selangor juga ada memperkenalkan Skim Air Darul Ehsan (SADE) iaitu sebuah program penjajaran semula pemberian air percuma kepada kumpulan sasar penduduk Negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
Syarat-syarat kelayakan pemberian air percuma ini adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,OOO dan ke bawah (bagi yang telah berkahwin, ini termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara; atau bagi yang tiada pasangan/bujang).
- Premis kediaman mempunyai meter individu.
- Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun atau premis sahaja.
Manakala, bagi pengguna akaun meter pukal dalam kategori pangsapuri kos rendah akan terus menerima 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan secara automatik sehingga 31 Disember 2024 mengikut kaedah sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Smart Inisiatif Peduli Rakyat (SSIPR) atau melalui kaunter perkhidmatan di mana-mana 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
Maklumat lanjut tentang Skim Air Darul Ehsan boleh dilihat di Portal Rasmi Air Selangor – DI SINI.