Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Tabung Haji kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji
- KETUA – PENDAPATAN TETAP (GRED M8)
- KETUA – HARTANAH (GRED M8)
- PENGURUS PENGURUSAN PAJAKAN (GRED M2)
- EKSEKUTIF PENYELIDIKAN PELABURAN (GRED E5)
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklah;
- Menepati syarat-syarat kelayakan akademik yang ditetapkan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Portal Career Tabung Haji. Bagi pemohon baru, calon perlu mendaftar dahulu di sistem berkenaan sebelum membuat sebarang permohonan.
Calon juga hendaklah memberikan maklumat diri dan akademik yang benar dan tepat di sistem berkenaan. Calon perlu memohon jawatan hanya menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 18 Jun 2024, Selasa.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Lembaga Tabung Haji adalah sebuah institusi Islam yang sentiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara komprehensif dan sistematik demi kebajikan Jemaah Haji Malaysia. Selain dari pengurusan simpanan yang halal dan pengurusan haji yang efisien, Tabung Haji turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah kepada para pendepositnya.
Idea bagi penubuhan Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji (PWSBH) tercetus hasil cadangan tokoh ekonomi Melayu terkenal iaitu Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid pada Disember 1959 kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Lembaga Tabung Haji merupakan sebuah badan berkanun yang tertakluk di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH ialah pengurusan haji, tabungan dan pelaburan. TH bertekad untuk menyediakan perkhidmatan haji yang cemerlang kepada Jemaah Haji Malaysia dan rekodnya yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia sebagai model pengurusan haji yang inovatif.
Kini, Tabung Haji mempunyai sekitar sembilan juta pendeposit dengan 107 cawangan dan lebih 10,000 titik sentuh di seluruh negara. Tabung Haji juga mempunyai satu pejabat yang beroperasi di Jeddah, Arab Saudi di bawah bidang kuasa Konsulat Malaysia. Misi utamanya adalah:
- Memperkasa Ekonomi Ummah;
- Sentiasa Giat Mencari Pelaburan Strategik Global dan Lokal bagi Pertumbuhan Berterusan;
- Menggembleng dan Memperkaya Modal Pendeposit;
- Memberi Perkhidmatan Cemerlang yang Berterusan;
- Memudah dan Menyempurnakan Urusan Jemaah ke Arah Haji Mabrur;
- Memberi Pulangan yang Kompetitif, Halal dan Toyyiban.
Piagam pelanggan Tabung Haji pula adalah seperti berikut:
- Membantu anda mendapatkan haji yang mabrur dengan perbelanjaan yang berpatutan;
- Menyelaras penerbangan haji yang menepati masa, selamat dan boleh diharap;
- Menyediakan penginapan yang bersih dan selesa di Tanah Suci;
- Menyelenggara akaun anda secara profesional dan mengawalnya secara sulit dan persendirian;
- Melabur dalam bidang pelaburan yang halal, berhemat dan selamat supaya dapat memberi pulangan yang setanding dengan pasaran, di samping memastikan pertumbuhan yang berterusan;
- Memberi layanan yang mesra, cepat dan cekap;
- Memberi maklumat yang tepat, jelas dan terkini.