Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29 (BIDANG KEJURUTERAAN FABRIKASI PERPAIPAN)
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29 (BIDANG KEJURUTERAAN PEMBUATAN)
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29 (BIDANG TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KOMPUTER – SISTEM
- KOMPUTER)
- PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL GRED DV29 (BIDANG KEJURUTERAAN KOMPUTER DAN KOMUNIKASI)
Taraf Pelantikan bagi jawatan-jawatan ini adalah:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sjil teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
- Sijil kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,549.00); atau
- Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,624.20); atau
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang kejuruteraan atau teknologi kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29 :RM1,699.40); atau
- Diploma teknologi kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajiantinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,784.80); atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, ukur tanah atau ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DV29: RM1,860.00).
- Calon yang memiliki kelayakan di perenggan 1(c) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
- Mengendalikan dan menyediakan latihan termasuk menyediakan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas kerja, kertas tugas dan alat-alat bantuan mengajar serta memastikan pencapaian kemahiran oleh pelatih-pelatih, mengajar dalam amali dan teori.
- Mengawas pengajar-pengajar dan pelatih semasa di bengkel seperti dari segi kebersihan, keselamatan dalam penggunaan alat-alat dan perkakas serta berdisiplin semasa latihan.
- Menyelenggara keperluan bahan-bahan ujian.
- Menyelia dan mengurus semua ujian-ujian dan menyelia laporan-laporan kemajuan dan ujian-ujian pelatih.
- Menyelia semua hal ehwal latihan yang berkenaan dengan ketukangan termasuk keselamatan bengkel, kebersihan dan kerosakannya.
- Bertanggungjawab di atas penyediaan inventori dan keluar masuk bagi semua barang-barang di bawah kawalan.
- Merancang penyusunan mesin-mesin dan alat-alat perkakasan di bahagian-bahagian di bawah jagaannya.
- Mengesyor pembelian alat-alat baru supaya mutu latihan dikemaskini.
- Merancang pembahagian tugas-tugas dan jadual minggu mengikut program latihan pelatih di kalangan pengajar di bawah penyeliaannya.
- Merancang dan membuat permohonan bekalan bahan-bahan di bengkel berdasarkan latihan dan mengemukakan kepada Ketua Bahagian.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 18 JUN 2024 (SELASA) jam 11.59 malam.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihatĀ DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujukĀ DI SINI.