Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah program bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan program berkenaan:-
Bantuan Lesen 2024
Bantjuan Lesen 2024 atau Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sebuah inisiatif Kerajaan anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertujuan untuk memperkasa kumpulan B40 khususnya golongan belia bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).
Ia juga bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan bagi mendapatkan lesen (B2) dan menggalakkan masyarakat untuk memandu kenderaan mengikut undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Bagi tahun ini, kuota Program MyLesen adalah sebanyak 35,000 peserta.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan;
- Sihat tubuh badan dan mental;
- Belum memiliki sebarang Lesen Memandu;
- Bebas senarai hitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PDRM dan Mahkamah.
Cara Memohon
Bagi yang layak dan berminat menyertai program ini, permohonan boleh dibuat melalui pautan yang disediakan oleh pihak JPJ di media sosial rasminya.
Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh dikemukakan ke alamat e-mel : [email protected]. Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di media rasmi JPJ – DI SINI.
Dimaklumkan bahawa kadar bayaran latihan, kad penetapan ujian dan lesen memandu bagi motosikal kelas B2 telah dikurangkan kepada RM211 berkuat kuasa mulai 1 September 2009. Pada asasnya lesen B2 membolehkan rakyat negara ini menunggang motosikal di bawah 250cc selepas mereka memperoleh lesen L ( LDL ).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Selain itu, pihak Kerajaan juga telah memperkenal pelbagai lagi program bagi membangunkan golongan belia seperti Skim Mikro/i MADANI Belia. Skim ini merupakan skim pembiayaan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) di bawah Belanjawan 2024 bertujuan untuk membiaya modal kerja (working capital), pembelian aset untuk tujuan perniagaan dan pengubahsuaian premis perniagaan (renovation).
Jumlah pembiayaan yang ditetapkan adalah antara RM5,000 hingga RM50,000 dengan tempoh pembiayaan 1 tahun hingga 5 tahun. Skop pembiayaan pula merangkumi:
- Peruncitan dan pemborongan;
- Pembuatan;
- Perkhidmatan;
- Lain-lain sektor dan sub-sektor yang akan dipertimbangkan oleh Pengurusan BSN berdasarkan kes.
Syarat-syarat kelayakan Skim Mikro/i MADANI Belia adalah seperti berikut:
- Perusahaan mikro yang dimiliki oleh belia berumur 30 tahun ke bawah (umur mengikut tahun semasa permohonan);
- Minimum 51% daripada perniagaan dimiliki atau dikendalikan oleh belia berumur 30 tahun ke bawah
- Perusahaan mikro (Pemilikan Tunggal / Perkongsian / Syarikat Sdn. Bhd.)
- Dimiliki oleh warganegara Malaysia
- Bekerja sendiri termasuk profesional (Akauntan, Doktor, Peguam)
- Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Semenanjung Malaysia atau Pihak Berkuasa / Pejabat Daerah bagi Sabah dan Sarawak / Agensi / Badan Profesional (terpakai hanya untuk profesional)
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam bulan.
Permohonan skim pembiayaan ini boleh dibuat secara atas talian di Laman Rasmi BSN. Dokumen-dokumen yang diperlukan (bagi Pemilikan tunggal/Perkongsian/Syarikat Sdn. Bhd) seperti di bawah:
- Pendaftaran perniagaan dengan SSM dan / atau Lesen Perniagaan dengan Majlis Daerah / Majlis Perbandaran / Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / permit operasi / Pendaftaran badan profesional dan sijil amalan (terpakai hanya untuk profesional) yang sah;
- Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan Rakan Kongsi;
- Penyata Bank untuk 3 bulan terkini;
- Salinan bil utiliti terkini;
- Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank
Maklumat lebih lengkap berkenaan skim ini boleh dilihat di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.