Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024 iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bantuan ini pada asasnya merupakan kesinambungan bantuan-bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan sebagainya.
Ia juga bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikkan kos sara hidup. Pemberian bantuan ini dibuat secara empat fasa dengan kadar-kadar tertentu berdasarkan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat kelayakan STR bagi setiap kategori penerima:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Selain itu, pihak Kerajaan juga ada memperkenalkan bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan ini:
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800
Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu pekebun kecil dan penoreh ketika berdepan musim tengkujuh yang setiasa berlaku setiap tahun. Ia adalah sebuah program yang dikenalikan oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).
Sejak tahun 2023, kadar BMT telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelumnya. Ia diberikan dengan kepada yang layak sebanyak RM200 secara empat fasa (jumlah keseluruhan RM800).
BMT ini diberikan kepada Pekebun Kecil dan mengusahakan lot bertanam getah atau penoreh yang tidak memiliki dan menoreh di lot bertanam getah dengan jumlah keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah. Syarat-syarat kelayakan BMT adalah seperti berikut:
- Pekebun Kecil Getah
- Warganegara Malaysia sahaja.
- Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
- Memiliki jumlah keluasan milikan tanah 0.1 hingga 2.5 hektar secara agregat.
- Pemilik tanah yang sah.
- Satu lot hanya seorang penerima sahaja (tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi).
- Seorang pekebun kecil hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
- Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia.
- Penoreh yang berdaftar dengan RISDA.
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 2.5 hektar.
- Mendapat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah.
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau Slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
- Satu lot hanya seorang penerima bantuan sahaja.
- Seorang penoreh hanya layak menerima bantuan sekali sahaja.
Cara Memohon
Bagi yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BMT boleh dibuat ibuat secara dalam talian (online) di Portal Pekebun Kecil RISDA atau dengan mengisi borang permohonan di pejabat-pejabat RISDA terdekat.
Dimaklumkan bahawa permohonan BMT telah dibuka sejak 1 Jun lalu dan akan ditutup pada 30 September 2024 nanti. Pembayarannya pula akan dibuat sekali sebulan selama empat bulan bermula pada November 2024 sehingga Februari 2025.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara pembayaran adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang layak dan diluluskan permohonannya.
Maklumat lebih teliti berkenaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) boleh dirujuk di Portal Rasmi RISDA (DI SINI) dan permohonan boleh dibuat – DI SINI.