Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
- PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,083 – RM9,549
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,418 – RM9,607
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,549 – RM5,684
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik mengikut keperluan syarat kelayakan setiap jawatan (rujuk hebahan rasmi).
Bidang Tugas
- PEGAWAI EHWAL EKONOMI E41
- Bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan Undang-undang Koperasi, menggalakkan penubuhan koperasi, menguruskan perihal pendaftaran koperasi dan pindaan Undang-undang Kecil, menghadiri mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan Tahunan Koperasi, melaksanakan program-program pengembangan dan penggalakan dan membantu pegawai mengawas pelaksanaan kuasa Ketua Pendaftar. Memberi khidmat bimbingan kepada koperasi dalam perkara-perkara pengurusan dan projek perniagaannya.
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.
- PEGAWAI UNDANG-UNDANG L41
- Bertanggungjawab menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa.
- PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
- Bertanggungjawab membangun program baharu untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan personel, perkhidmatan kaunter dan pemprosesan, pengumpulan data dan maklumat, pengendalian peralatan perhubungan/komunikasi).
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi MATRADE. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh tutup permohonan pada 23 Jun 2024, Ahad.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Misi utama MATRADE adalah untuk mempromosikan eksport Malaysia telah membolehkan banyak syarikat tempatan berada di barisan hadapan di pasaran global. Kini MATRADE terus meletakkan syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi mempunyai taraf antarabangsa. Ia juga membantu menjadikan frasa ‘Made In Malaysia’ sinonim dengan keunggulan, kehandalan dan boleh dipercayai.
MATRADE juga terlibat secara aktif dalam membantu syarikat asing mencari pembekal produk dan perkhidmatan Malaysia, dan diwakili di seluruh dunia di lebih daripada 46 lokasi di bandar komersial utama. Di Malaysia, MATRADE mempunyai lima cawangan tempatan di Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah, dan Sarawak.
Matlamat MATRADE pula adalah untuk meningkatkan profil pengeksport Malaysia di pasaran asing; untuk menyebarkan maklumat yang tepat pada masanya dan relevan serta risikan pasaran untuk membantu syarikat Malaysia memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran asing; untuk memperkenalkan syarikat Malaysia kepada pengimport asing yang mencari pembekal Malaysia; dan untuk menjalankan aktiviti untuk mempromosikan eksport barangan dan perkhidmatan Malaysia di pasaran luar negara.