Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)
- PEGAWAI TADBIR N41
- Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
- Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak (Interim)
- Jadual Gaji: RM2,080 – RM9,546
- JURUTERA J41
- Klasifikasi : Kejuruteraan
- Kumpulan : Pengurusan Dan Profesional
- Taraf Jawatan : Tetap / Kontrak (Interim)
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak (Interim)
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak (Interim)
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU OPERASI N11
- Klasifikasi : Pentadbiran Dan Sokongan
- Kumpulan : Pelaksana
- Taraf Jawatan : Tetap/ Kontrak (Interim)
- Jadual Gaji : RM1,216 – RM2,983
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Penilaian Tingkatan 3 (PT3) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keperluan syarat kelayakan setiap jawatan (rujuk hebahan rasmi).
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan perlu dibuat secara dalam talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Bagi permohonan yang berjaya dalam pemilihan ini semua keputusan akan dimaklumkan melalui surat/emel/sms terus ke nombor telefon bimbit yang diberikan, bagi permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 18 Jun 2024, Selasa.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) ditubuhkan pada 1 Jun 1983 di bawah Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Akta 282. Pada asalnya, PERDA bermula dengan satu cadangan Kertas Kerja Jemaah Menteri untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Pertanian Pulau Pinang (PADA) pada 3 Mac 1982. Seterusnya pada 1 Disember 1982 satu Kertas Jemaah Menteri disediakan untuk menubuhkan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).
Pada 10 Disember 1982 Rang Undang-Undang Penubuhan PERDA telah dibentang dan diluluskan di Parlimen sebagai Akta 282. Akta ini telah diwartakan pada 10 Mac 1983. Perlantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang pertama oleh Dato’ Rais Yatim, Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah telah dibuat pada 1 Jun 1983. Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga yang pertama diadakan pada 21 Julai 1983. Kawasan PERDA seterusnya dipersetujui diwartakan pada 21 Oktober 1988 berkuatkuasa mulai 1 Jun 1983.
Pada 27 Oktober 1990 PERDA telah dipindahkan dari Kementerian Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah ke Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Berkuatkuasa 15 Ogos 2005, PERDA telah diletakkan di bawah pentadbiran Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Visi PERDA adalah sebagai agensi pembangunan wilayah yang dinamik dalam menerajui pelaksanaan pembangunan Wilayah Pulau Pinang. Misinya pula adalah sebagai agensi yang menggerak pembangunan masyarakat setempat menerusi pelaksanaan dan pengurusan program/projek sosioekonomi yang berkesan melalui tadbir urus yang baik Wilayah Pulau Pinang.