Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan-bantuan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan yang telah diperkenalkan itu: –
Sumbangan RM700 setahun
Insentif yang dimaksudkan ini adalah Skim Perlindungan Takaful B40 mySalam atau mySalam. Skim ini merupakan Skim Perlindungan Takaful Percuma yang disediakan oleh kerajaan kepada komuniti B40 di Malaysia. Skim ini bernaung di bawah kelolaan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui Tabung Amanah mySalam.
Pada asalnya, skim ini dirangka untuk selama 5 tahun – bermula dari tahun 2019 sehingga 2023.Namun disebabkan maklum balas rakyat yang memberansangkan, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan skim ini sehingga tahun 2025.
Terdapat dua manfaat utama di bawah mySalam iaitu:
Manfaat Hospitalisasi iaitu jika penerima mySalam dimasukkan ke wad hospital kerajaan, hospital universiti, dan hospital angkatan tentera, penerima mySalam layak untuk menuntut pendapatan gantian sebanyak RM 50 sehari, terhad kepada 14 hari atau RM700 setahun.
Manfaat kedua adalah Manfaat Penyakit Kritikal iaitu jika penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, mereka boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun ahli mySalam sekali seumur hidup.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Skim Bantuan Tunai Rakyat (BR1M, BSH, BPR, BKM dan STR) dari kalangan berpendapatan B40;
- Penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur yang ditetapkan akan layak menjadi ahli mySalam secara automatik;
- Kriteria umur adalah seperti kategori berikut:
- Kategori Berkahwin: Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan.
- Kategori Bujang: Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
- Kategori OKU: Individu yang berumur 18 hingga 65 tahun.
Cara Menuntut
Berkenaan dengan cara memohon, mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan tuntutan mySalam dengan langkah-langkah berikut:
Tuntutan Hospitalisasi
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Hospitalisasi.
- Langkah 3: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
- Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
- Salinan Nota Discaj
- Langkah 4: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Tuntutan Penyakit Kritikal
- Langkah 1: Layari Portal Rasmi mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
- Langkah 2: Klik Muat turun Borang dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal.
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’.
- Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon Tuntutan, kemudian ikon Penghantaran Tuntutan. Skrol ke bawah laman dan klik ikon Tuntutan Penyakit Kritikal.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan, klik butang Muat naik untuk memuat naik dokumen* yang berkenaan. Seterusnya klik butang Lampirkan.
- Salinan Kad Pengenalan – (depan dan belakang)
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Langkah 6: Klik butang Hantar untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Dimaklumkan bahawa semua dokumen yang diperlukan hendaklah dimuat naik dalam format PDF atau JPEG sahaja. Anggaran masa untuk memproses kedua-dua tuntutan ini adalah 10 hari bekerja setelah menerima dokumen tuntutan yang lengkap.
Jika dokumen atau maklumat yang diterima tidak lengkap, proses semakan akan mengambil masa lebih lama atau sehingga dokumen yang diperlukan telah lengkap.
Maklumat lebih teliti berkenaan mySalam dan tuntutan boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.