Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong PUSPAKOM
PEMERIKSA KENDERAAN
- Faedah Pekerjaan:
- Perubatan di klinik dan hospital panel;
- Perlindungan insurans berkelompok;
- Bonus dan kenaikan gaji mengikut prestasi;
- Latihan dan pembangunan kerjaya
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Diploma/SKM tahap 3 dalam Kejuruteraan Mekanikal atau Automotif;
- 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Lesen Memandu B2 dan D;
- Berumur 21 hingga 28 tahun;
- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
Tanggungjawab Tugas
Menjalankan pemeriksaan kenderaan mengikut akta, piawaian dan peraturan yang telah ditetapkan dan sentiasa memastikan peralatan pemeriksaan kenderaan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat berikut:
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas Kod QR di hebahan rasmi dan melampirkan resume seperti yang dikehendaki. Calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 6 minggu termasuk latihan sambil kerja di cawangan PUSPAKOM seluruh Malaysia.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
PUSPAKOM adalah syarikat pemeriksaan kenderaan yang pertama dan satu-satunya yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk menjalankan semua pemeriksaan mandatori bagi kedua-dua kenderaan komersial dan persendirian. Ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Berhad.
Peranan utamanya adalah untuk menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan untuk membantu pemilik kenderaan dalam memastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang selamat untuk dipandu di atas jalan raya serta memastikan pemilik kenderaan mematuhi peraturan-peraturan dalam memelihara alam sekitar melalui ujian pelepasan asap. Ini akan dilakukan melalui pemeriksaan yang ketat dan teliti terhadap kenderaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan keselamatan Kerajaan.
Setiap tahun, PUSPAKOM menjalankan lebih daripada 3 juta pemeriksaan kenderaan. PUSPAKOM mempunyai rangkaian di seluruh negara di 54 pusat pemeriksaan yang dilengkapi peralatan yang diiktiraf dan dikalibrasi oleh pihak berkaitan dari semasa ke semasa. Selain itu , PUSPAKOM juga mempunyai lebih daripada 25 pemeriksaan secara lawatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di kawasan kurang penduduk dan di luar Bandar.
Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM terdiri daripada Unit Bergerak Trak, Unit Bergerak Van dan Unit Bergerak Ringan, menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan dari pintu ke pintu kepada pelanggan individu dan korporat. PUSPAKOM bangga memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang cepat, cekap dan tepat secara profesional.
Prosedur pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM diiktiraf dan diperakui melalui Standard Malaysia, MS ISO dan selaras dengan piawaian antarabangsa. Selain itu, peralatan dan teknologi pemeriksaan kenderaan yang digunakan oleh PUSPAKOM juga adalah berdasarkan kepada piawaian dan amalan antarabangsa.
Jenis peralatan yang digunakan juga diakreditasi oleh makmal antarabangsa yang diperakui dan juga ditentuukur serta disahkan secara berkala oleh badan yang berkompeten.
Pemeriksa Kenderaan di PUSPAKOM adalah berkelayakan dan terlatih dalam bidang automotif yang berkaitan dan perlantikan Pemeriksa Kenderaan memenuhi keperluan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Tambahan pula, aktiviti pemeriksaan kenderaan PUSPAKOM dipantau oleh Jabatan Pengangkutan Jalan melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI) serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
PUSPAKOM telah menerima pelbagai persijilan dan pengiktirafan. Melalui pematuhan terhadap piawaian dan amalan antarabangsa, PUSPAKOM telah mencapai jaminan kualiti tertinggi dan menerima persijilan serta akreditasi berasaskan industri.