Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MARDI
- PENOLONG JURUUKUR BAHAN
- Gred Jawatan : Setara dengan Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
- Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
- Pusat Tanggungjawab : Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM)
- Penempatan : Ibu Pejabat
- Gaji : RM1,900
- PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
- Gred Jawatan : Setara dengan Penolong Pegawai Senibina Gred JA29
- Taraf Jawatan : Contract for Service (CFS)
- Pusat Tanggungjawab : Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta (AM)
- Penempatan : Ibu Pejabat
- Gaji : RM1,900
Syarat-syarat Kelayakan
PENOLONG JURUUKUR BAHAN
- Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
- Sijil dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Diploma dalam bidang seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
PENOLONG JURUUKUR BAHAN
- Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk penilaian tapak, penyediaan dokumen spesifikasi kerja/BQ mengikut keperluan dan kehendak pelanggan dan penyediaan dokumen lengkap sebutharga/tender bagi proses perolehan;
- Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities dan lain-lain berkaitan;
- Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga;
- Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak bagi urusan pembayaran kerja;
- Penglibatan dalam pelaksanaan projek oleh Penolong Juruukur Bahan juga merangkumi aktiviti seperti;
- Mengelola lawatan tapak dan taklimat teknikal;
- Hadir ke Mesyuarat Tapak/Teknikal/Pelarasan, pemantauan Kemajuan Kerja dan Pelaporan serta penyediaan Minit berkaitan;
- Membantu Jurutera Sivil bagi membuat pengesahan kemajuan fizikal di tapak projek sebutharga/tender bagi tuntutan bayaran;
- Penyediaan dokumen bayaran projek fizikal (bagi bayaran interim semasa, akhir dan perakuan berkaitan). Skop kerja ini ditanggung oleh Jurutera Sivil;
- Tindakan susulan dalam tempoh jaminan kecacatan termasuk pemantauan servis dan senggaraan, dan pengesahan serta pengeluaran perakuan Certificate Of Completion Of Making Good Defect (CMGD).
PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
- Membantu Jurutera bagi peringkat awalan termasuk draf lukisan konsep, reka bentuk, spesifikasi serta skop kerja dan anggaran kos;
- Penyediaan dokumen bagi perolehan Sebut Harga. Ini termasuk spesifikasi teknikal, skop kerja, bill of quantities, lukisan konsep 3D, lukisan berskala 2D dan lain-lain berkaitan;
- Penyediaan Laporan Penilaian Teknikal (Analisa) Tawaran Sebut Harga;
- Penyeliaan dan Pengawasan Kerja di tapak;
- Penglibatan dalam pelaksanaan projek oleh Penolong Pegawai Senibina merangkumi aktiviti seperti;
- Mengelola lawatan tapak dan taklimat teknikal;
- Hadir ke Mesyuarat Tapak/Teknikal/Pelarasan, pemantauan Kemajuan Kerja dan Pelaporan serta penyediaan Minit berkaitan;
- Membantu Jurutera Sivil disamping kerja arkitektur bagi pengesahan kelulusan spesifikasi kerja/ teknikal dan pengeluaran arahan berkaitan (seperti Arahan Jurutera, Request For Inspection (RFI), pemeriksaan katalog, sampel, mock-up, dan lain-lain) serta pengesahan kemajuan fizikal bagi tuntutan bayaran;
- Penyediaan dokumen bayaran projek fizikal bidang Seni Bina (bagi bayaran interim semasa, akhir dan perakuan berkaitan). Skop kerja ini ditanggung oleh Jurutera Sivil & Penolong Juruukur Bahan disebabkan ketiadaan Arkitek dan Perancang di MARDI;
- Tindakan susulan dalam tempoh jaminan kecacatan termasuk pemantauan servis dan senggaraan, dan pengesahan serta pengeluaran perakuan Certificate Of Completion Of Making Good Defect (CMGD).
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon hendaklah mengisi borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan. Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat e-mel: [email protected]
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 21 Jun 2024, Jumaat.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.