Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)
PENOLONG PEGAWAI METEOROLOGI GRED C29
- Kumpulan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,505 – RM5,696
- Taraf Pelanntikan:
- Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan kontrak (Interim) selama 3 tahun; dan
- Pegawai lantikan tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan tetap.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan; dan
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dalam bidang jurusan sains; atau
- Sijil dalam bidang kejuruteraan elektrik, elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang kejuruteraan elektrik (perhubungan atau kuasa), elektronik atau mekanikal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang sains komputer atau kimia industri yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Hanya calon yang berumur 30 tahun dan ke bawah sahaja yang layak memohon bagi urusan ini;
- Hanya calon yang telah memperoleh STPM/Sijil Matrikulasi KPM/sijil/diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat/jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 27 MEI 2024 (ISNIN) jam 11.59 malam.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujuk DI SINI.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) adalah agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang dipertanggungjawabkan untuk membekalkan pelbagai khidmat meteorologi, iklim dan geofizik bagi memenuhi keperluan negara dalam perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari.
Jabatan ini turut bertanggungjawab untuk memantau keadaan cuaca di darat, laut dan udara secara berterusan di seluruh negara. Selain itu, METMalaysia mengeluarkan ramalan, nasihat, amaran cuaca dan lautan serta tinjauan iklim bagi mengurangkan risiko bencana.
Teras strategik jabatan ini pula adalah peningkatan keberkesanan perkhidmatan cuaca bagi mengurangkan risiko bencana; pengukuhan perkhidmatan meteorologi penerbangan negara untuk keselamatan dan keselesaan operasi penerbangan; pemerkasaan perkhidmatan gempa bumi dan tsunami bagi mengurangkan risiko bencana gempa bumi dan tsunami; pengukuhan perkhidmatan iklim bagi kemakmuran negara dan pengukuhan kapasiti dan tadbir urus organisasi.
Visinya METMalaysia untuk menjadi agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik. Misinya pula adalah membekal perkhidmatan meteorologi, iklim dan geofizik yang cekap dan berkesan untuk kesejahteraan, keselamatan dan pembangunan lestari selaras dengan keperluan negara dan antarabangsa.