Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Ia termasuklah bantuan-bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan salah satu bantuan bulanan di bawah JKM: –
Bantuan bulanan RM500
Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Bantuan Warga Emas atau BWE. Bantuan ini diperkenalkan dengan kadar sebanyak RM500 dan dikreditkan secara automatik setiap bulan.
Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu golongan warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan) untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
- Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM; atau
- Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma.
Cara Memohon
Berkenaan dengan cara memohon, mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat di seluruh negara. Borang permohonan boleh didapati di Pejabat JKM atau melalui portal rasmi JKM.
Bagi memudahkan urusan permohonan, pemohon turut perlu membawa dokumen-dokumen sokongan ketika membuat permohonan seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama;
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama;
- Salinan penyata gaji (jika ada);
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Akan tetapi, setiap permohonan yang didaftarkan akan menjalani siasatan bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
Dimaklumkan juga bahawa pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Maklumat lebih teliti berkenaan BWE dan borang permohonan boleh dilihat di Portal Rasmi JKM – DI SINI.
Selain itu, JKM juga telah memperkenalkan bantuan bulanan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang bekerja. Bantuan itu dikenali sebagai Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU).
Kadar bantuan ini adalah sebanyak RM450 setiap bulan dan ia diberikan bagi menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Syarat-syarat kelayakan EPOKU ini adalah seperti berikut:
- Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Pendapatan bulanan RM1,500 dan ke bawah.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangka masa 76 tahun itu, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
Visi utama JKM adalah sebagai peneraju utama kebajikan dalam pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. Misinya pula adalah memperkasa masyarakat yang memerlukan ke arah kesejahteraan sosial.
Objektif utama JKM adalah: Meningkatkan kompetesi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi pekerja sektor kebajikan; Meningkatkan keupayaan dan memberi nafas baharu kepada organisasi; Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kebajikan; Memperluas jaringan kerja dan kolaborasi strategik (multiple helix) dalam dan luar negara; dan Membudayakan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti.