Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Laut Malaysia kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Laut Malaysia
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Manfaat: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & Caruman PERKESO
Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.
Ia disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Bidang Tugas
- Membantu dalam Pengurusan Rekod dan Pelupusan Fail Bagi Urusan Am, Kewangan, dan Fungsian;
- Membantu Menyelaras Urusan Sumber Manusia;
- Membantu Urusan Pengurusan Aset alih di Pejabat Laut;
- Membantu Mengumpul Data dan Menyediakan Laporan;
- Tugasan yang diberikan dari semasa ke semasa.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dan membuat permohonan jawatan yang selaras dengan syarat-syarat kelayakan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 22 MEI 2024, Rabu.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Sebelum tertubuhnya Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Laut terdiri daripada tiga buah Jabatan iaitu Jabatan Laut Semenanjung Malaysia, Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak yang mempunyai Ketua Perkhidmatan yang berbeza.
Pada 1 Januari 2011, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia telah bergabung dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Laut Sarawak dan dikenali sebagai Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut adalah sebuah jabatan Kerajaan yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia. Jabatan ini diwujudkan bagi mentadbir urusan perkapalan dan pelabuhan serta hal ehwal maritim di perairan Malaysia.
Fungsi-fungsi utama jabatan ini adalah mengawal selia perkapalan, pelabuhan, pelaut dan keselamatan pelayaran; pemberi perkhidmatan sektor perkapalan, pelabuhan dan keselamatan pelayaran dan pembangunan ekonomi maritim.
Objektif jabatan ini pula adalah bagi memacu pertumbuhan maritim kebangsaan yang berkualiti melalui pemerkasaan sistem pengangkutan maritim yang selamat, sistematik dan perlindungan persekitaran marin.
Jabatan Laut Malaysia juga bertekad menyediakan perkhidmatan pengangkutan maritim yang berkualiti dengan memenuhi keperluan peraturan dan perundangan untuk mencapai tahap kepuasan pelanggan melalui penambahbaikan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
alam pelaksanaan dasar kualiti, Jabatan Laut Malaysia (JLM) menekankan terhadap memenuhi semua keperluan-keperluan pihak berkepentingan serta memastikan penambahbaikan berterusan dalam keberkesanan sistem pengurusan kualiti Jabatan Laut Malaysia. JLM menetapkan objektif-objetif kualiti yang bersesuaian dengan skop pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Objektif-objektif tersebut ditetapkan dan dibincangkan setiap tahun dalam mesyuarat kajian semula pengurusan.