Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
PENGURUS KANAN, KOMUNIKASI KORPORAT
- Penempatan: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Manfaat:
- Masa Kerja Fleksibel;
- Perlindungan Insurans Perubatan;
- Perlindungan Insurans Hayat;
- Gaji dan Elaun Menarik
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Ijazah Sarjana Muda dalam Komunikasi Korporat/Pentadbiran Perniagaan/Komunikasi Media atau setaraf;
- Pengalaman diutamakan sekurang-kurangnya 7 – 10 tahun (peranan senior) dalam pengalaman yang berkaitan dalam bidang komunikasi korporat.
Bidang Tugas
- Mereka bentuk, mencipta dan menyampaikan imej dan jenama korporat kepada pihak dalaman dan luaran;
- Merancang, mengatur dan mengurus aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan acara awam/sosial yang lain;
- Merancang, mengatur dan mengurus pameran dan aktiviti penjenamaan;
- Mengendalikan pemilihan, penerbitan dan penyebaran maklumat Korporat kepada orang ramai masing-masing;
- Mengendalikan dan mengurus kedua-dua akhbar, media, perindustrian dan perhubungan awam;
- Memantau dan mengurus perkembangan media sosial dan pengurusan/ kandungan portal;
- Bertanggungjawab untuk penilaian teknikal, semakan prestasi, bimbingan, pengambilan pekerja dan latihan;
- Merancang, mengatur dan mengurus pentadbiran Jawatankuasa Pengurusan Zakat dan Tanggungjawab Sosial Korporat (JPZCSR) SSM.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Hebahan Rasmi.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah sebuah badan berkanun yang terbentuk hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM mula beroperasi pada 16 April 2002.
Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.
Fungsi utama SSM adalah memastikan bahawa peruntukan-peruntukan Akta ini dan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama ditadbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi; bertindak sebagai ejen Kerajaan dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbirkan, memungut dan menguatkuasakan pembayaran fi yang ditetapkan atau apa-apa caj lain di bawah undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Ia juga mengawal selia perkara yang berhubungan dengan perbadanan, syarikat dan perniagaan berhubung dengan undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Pertama; mendorong dan menggalakkan tatalaku yang sepatutnya di kalangan pengarah, setiausaha, pengurus dan pegawai lain sesuatu perbadanan, dan pengawalseliaan diri oleh perbadanan, syarikat, perniagaan, kumpulan perindustrian dan badan ikhtisas dalam sektor korporat demi untuk memastikan bahawa segala kegiatan korporat dan perniagaan dijalankan mengikut norma-norma yang telah mantap mengenai pentadbiran korporat yang baik.