Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Malaya (UM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Universiti Malaya (UM)
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 – APIUM
- Kategori: Akademik
- Gaji: RM2,188 – RM9,552
- Manfaat:
- Cuti tahunan;
- Faedah Perubatan;
- Latihan;
- Tangga gaji adalah kompetitif dan sepadan dengan kelayakan dan pengalaman.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Calon mestilah memiliki kelayakan akademik dalam bidang Bahasa Arab atau Bahasa Arab dan Pengajian Islam pada ijazah berikut:
- Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah sarjana muda (Kepujian) dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah sarjana muda (Kepujian) dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah sarjana dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun semasa permohonan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di UM Career Portal.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 30 MEI 2024, Khamis.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat – DI SINI.
Universiti Malaya ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 hasil gabungan di antara King Edward VII College of Medicine (1905) dan Raffles College (1928). Universiti Malaya pada ketika itu memainkan peranan utama di dalam melahirkan modal insan yang mahir dan terlatih dalam Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan Singapura dan kemudiannya Malaysia.
Perkembangan pesat Universiti Malaya dalam dekad yang pertama membawa kepada penubuhan dua cawangan autonomi pada tahun 1956; satu di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menyatakan hasrat masing-masing untuk menukar status cawangan universiti kepada sebuah universiti di peringkat kebangsaan.
Dengan kelulusan Akta Parlimen 1961, Universiti Malaya seperti yang dikenali sekarang telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Januari 1962 sebagai institusi pengajian tinggi yang pertama di negara ini. Universiti Malaya juga telah dinamakan sebagai salah satu daripada empat universiti penyelidikan di Malaysia serta merupakan peneraju dalam bidang penyelidikan.
Dengan bertambahnya dana penyelidikan dan perundingan serta peningkatan bilangan pelajar pascasiswazah, Universiti Malaya telah menubuhkan Institut Pengurusan Penyelidikan dan Perundingan (IPPP) pada tahun 2000 (dinamakan Institut Pengurusan & Pemantauan Penyelidikan pada tahun 2009) untuk menguruskan segala aktiviti penyelidikan dan perundingan bagi mempromosikan hasil penyelidikan dengan lebih berkesan. Oleh hal demikian, para ahli akademik dan penyelidik Universiti Malaya akan terus cemerlang dalam pelbagai lapangan.