Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluaran KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.
Namun begitu, terdapat juga faktor-faktor lain yang membenarkan para ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka, sama ada secara penuh, sebahagian atau jumlah tertentu. Berikut adalah senarai faktor dan keadaan yang membenarkan pengeluaran KWSP secara penuh: –
Pengeluaran penuh simpanan KWSP
Mencapai umur 55 tahun
Apabila ahli mencapai usia 55 tahun, simpanan mereka dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan dalam sebuah akaun yang dikenali sebagai Akaun 55. Ahli kemudiannya boleh membuat pengeluaran sama ada sebahagian atau penuh simpanan mereka dalam akaun berkenaan.
Mencapai umur 60 tahun
Sekiranya ahli memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang mereka selepas itu akan dimasukkan ke akaun lain yang dikenali sebagai Akaun Emas. Apabila ahli mecapai usia 60 tahun, simpanan dalam Akaun 55 (jika ada) dan Akaun Emas akan digabungkan dan boleh keluarkan oleh ahli pada bila-bila masa.
Meninggalkan Negara
Jika ahli memilih untuk meninggalkan negara dan melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan Malaysia, mereka boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanannya di KWSP. Begitu juga kepada ekspatriat; penduduk tetap (PR); atau pekerja asing yang kembali ke negara asal masing-masing.
Hilang Upaya
Untuk ahli yang mengalami hilang upaya sama ada secara fizikal atau mental dan ia menghalang mereka untuk bekerja. KWSP membenarkan pengeluaran penuh simpanan dan mereka juga akan menerima sumbangan sebanyak RM5,000.
Meninggal Dunia
Bagi ahli yang meninggal dunia, simpanan KWSP mereka boleh dikeluarkan oleh waris, khsusnya waris yang telah ditetapkan sebagai penama. Oleh kerana itu, KWSP sangat menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi membolehkan waris terdekat mengeluarkan simpanan tanpa sebarang kesulitan.
Kepentingan penamaan ini adalah memendekkan proses pengeluaran; mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah/Mahkamah serta memastikan waris mewarisi simpanan ahli.
Penamaan boleh dibuat oleh ahli melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau dengan melengkapkan Borang KWSP 4 dan mengemukakan sendiri di mana-mana pejabat KWSP di seluruh negara.
Penstrukturan Semula Akaun KWSP
Baru-baru ini, KWSP telah mengumumkan Penstrukturan Semula Akaun bagi setiap ahlinya yang berumur 55 tahun ke bawah. Ia membabitkan kewujudan tiga akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Tujuan utama penstrukturan semula akaun ini adalah bagi:
- Meningkatkan kecukupan simpanan untuk menjamin pendapatan persaraan yang bermakna untuk ahli;
- Mengimbangi keperluan jangka masa pendek, sederhana dan panjang selaras dengan keperluan kitaran hidup dan jangka hayat ahli;
- Membangunkan Skim KWSP yang relevan dengan perubahan lanskap pekerjaan, perubahan demografi dan keperluan ahli di masa kini dan masa hadapan; dan
- Memenuhi keperluan kewangan jangka pendek yang boleh menjejaskan kesejahteraan semasa persaraan sekiranya tidak dipenuhi.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bermula 12 Mei 2024, Akuan 1 akan dikenali sebagai Akaun Persaraan dan ia hanya boleh dikeluarkan selepas ahli mencapai usia 55 tahun. Akaun pula akan dikenali sebagai Akaun Sejahtera dan ia memenuhi keperluan kitaran hidup pra-persaraan bagi jangka sederhana yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.
Manakala, Akaun Fleksibel atau Akaun 3 diperkenalkan untuk membolehkan para ahli membuat pengeluaran simpanan pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. Akan tetapi, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
Maklumat lengkap berkenaan kebenaran pengeluaran simpanan dan penstruturan semula ini boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.