Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong FAMA
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
- Jadual Gaji: RM2,315 – RM9,618
- PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI E29
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT/SETIAUSAHA PEJABAT N19
- Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,002
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Pegawai sedang berkhidmat yang layak dibawah Syarat Peningkatan Secara Lantikan hendaklah:
- Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; atau
- Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; atau
- Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Perjawatan FAMA. Pemohon juga tidak perlu menghantar salinan sijil-sijil secara hard copy tetapi perlu memuat naik sijil-sijil tersebut semasa permohonan dibuat. Sekiranya sijil-sijil tidak dimuat naik maka permohonan akan ditolak.
Permohonan bagi Gred 41 dan Gred 29 perlu memuat naik surat Pengiktirafan Akreditasi bidang Pengajian dari sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (MQA). Pemohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 20 MEI 2024.
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.
FAMA ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141 dan ia merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.
Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA turut berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.
Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut:
- Pembangunan luang pasaran
- Pembangunan infrastruktur pemasaran
- Pembangunan keusahawanan
- Pembangunan pemasaran produk
- Pembangunan regulasi pemasaran
Kini FAMA adalah sebuah Badan Berkanun yang merupakan agensi pemasaran makanan dan hasil pertanian Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.