Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Begitulah juga dengan sebuah bantuan kewangan yang dikenali sebagai IKPP. Berikut adalah penerangan lanjut berkenaan bantuan ini: –
Bantuan IKPP RM250
Bantuan yang dimaksudkan ini adalah Insentif Khas Pasangan Pengantin atau IKPP. Ia adalah sebuah insentif Kerajaan Negeri Pahang kepada pasangan pengantin baru yang menepati syarat-syarat kelayakan dan garis panduan yang ditetapkan.
Pihak Kerajaan Negeri Pahang juga telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan ini sebanyak RM250, berbanding RM200 sebelum ini.
Syarat-syarat Kelayakan
- Terbuka hanya kepada anak-anak Negeri Pahang sahaja;
- Sama ada pengantin lelaki atau perempuan mestilah anak kelahiran Negeri Pahang;
- Pasangan pengantin yang mana pengantin lelaki sahaja berpendapatan RM5,000 dan ke bawah layak menerima insentif;
- Bagi perkahwinan di luar negeri Pahang, pengantin lelaki mestilah anak kelahiran Pahang.(Kebenaran Luar Negeri (KBLN))
Perkahwinan ini mestilah didaftarkan di Negeri Pahang dengan Kebenaran Pejabat Agama Islam Daerah; - Perkahwinan anak Pahang yang didaftarkan di luar negeri Pahang,pengantin perlu membuat permohonan dan pengesahan di Pejabat Agama Islam (di mana tempat permohonan);
- Bagi pemastautin di negeri Pahang sekurang-kurangnya 10 tahun atau lebih, perlu mendapatkan pengesahan dari Penghulu/ADUN Kawasan/pengurus FELDA/Imam Qaryah atau Penyelaras;
- Duda atau Janda atau salah seorang yang mana pasangannya adalah anak negeri Pahang dan berkelayakan, perkahwinan kali pertama dengan pasangan yang lain, layak untuk menerima insentif.
Cara Memohon
Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan IKPP boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan IKPP secara lengkap. Borang itu kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat Agama Islam Daerah di mana Permohonan Kebenaran atau Pendaftaran Perkahwinan dibuat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih lengkap dan borang permohonan bantuan ini boleh didapati di Portal e-Munakahat Pahang – DI SINI.
Dalam masa sama, terdapat enam program yang melibatkan pelbagai peringkat penerima digariskan di bawah program Pahang Makmur iaitu Permata Makmur, Tunas Makmur, Pahang Makmur Orang Asli, Atlet Makmur, Kasih Makmur, dan Aspirasi Makmur.
Permata Makmur (Pahang Pride Kid) adalah sebuah sumbangan sebanyak RM300 kepada 25,000 bayi baru lahir pada tahun 2024 dengan setiap kelahiran akan menerima barangan bayi bernilai RM50 dan Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM250. Program ini melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM7.5 juta.
Pihak Kerajaan Negeri juga meneruskan pelaksanaan program Tunas Makmur (Pahang Pride Student) iaiti merupakan Kad Diskaun 20 peratus kepada ibu bapa yang mempunyai anak di tadika atau taska dan semua guru yang mengajar di semua tadika atau taska, sekolah rendah dan sekolah menengah. Ini akan memberi manfaat kepada 341,648 pelajar dan lebih 25,000 guru yang menabur bakti di negeri Pahang.
Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM7.5 juta untuk pemberian set bantuan pembukaan sekolah kepada pelajar kategori miskin tegar. Ini sudah semestinya akan menambah keceriaan 61,982 pelajar dalam kategori tersebut yang akan memulakan persekolahan pada bulan Mac 2024.
Di bawah Pahang Makmur Orang Asli (Pahang Pride Orang Asli) pula, Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian komputer riba kepada pelajar Orang Asli yang berjaya melanjutkan pengajian.
“Menerusi inisiatif Kasih Makmur (Pahang Pride Kasih), Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan kad kesihatan kepada seramai 31,600 orang warga emas dan orang kurang upaya (OKU) yang berkelayakan dan bersesuaian meliputi seramai 21,000 orang penerima bantuan daripada JKM dan seramai 250 orang dari setiap 42 kawasan Dewan Negeri melibatkan peruntukan sebanyak RM16.8 juta.
“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memberi saguhati kepada anak Pahang yang telah mencatat pencapaian luar biasa dan mengharumkan nama negara dan negeri di peringkat antarabangsa menerusi insentif Aspirasi Makmur (Pahang Pride Achiever), petikan ucapan Belanjawan 2024 Pahang.