Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah Bantuan Khas Kewangan yang akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Khas RM2,000
Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2024 Negeri Pahang, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu bulan setengah gaji dengan minimum RM2,000.
Bantuan khas ini diberikan kepada para penjawat awam negeri yang berjumlah sekitar 8,000 orang dengan peruntukan sebanyak RM39.6 juta.
Ia adalah sebagai tanda menghargai dan terima kasih Kerajaan Negeri kepada seluruh penjawat awam yang terus memberikan dokongan dan keyakinan dalam melaksanakan amanah.
Tarikh Pembayaran
Menurut keputusan daripada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang, pembayaran Bantuan Khas ini dibuat secara sekali bayar (one-off) dan dikreditkan pada 20 Februari 2024.
Diharapkan dengan pembayaran bantuan khas ini, penjawat awam Pahang akan lebih bersemangat untuk melaksanakan setiap tugas yang telah diamanahkan bagi memastikan pengurusan Kerajaan Pahang menjadi lebih dinamik, mampan serta berdaya saing.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan Negeri juga memperkenalkan Tabung Prihatin Pahang dengan peruntukan sebanyak RM5 juta sebagai sebuah tabung kepada golongan kumpulan B40 yang memerlukan bantuan serta untuk membiayai penyakit kronik.
Kerajaan negeri turut meneruskan program-program membantu rakyat sedia ada seperti Bantuan Prihatin Pahang (BPP) dengan peruntukan RM38.08 juta, pemberian RM300 kepada 25,000 bayi baru lahir dan RM7.5 juta bagi pemberian set bantuan pembukaan sekolah kepada pelajar miskin tegar.