Pelbagai jenis bantuan kewangan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Skim Perlindungan mySalam (mySalam) bagi tahun 2024. Berikut adalah maklumat lanjut berkenan skim bantuan ini:
Perlindungan MySalam 2024
Skim perlindungan masyarakat mySalam (MySalam) pada asasnya merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Persekutuan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma rakyat Malaysia yang berkelayakan.
Antara manfaat utama skim ini adalah pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal.
Syarat-syarat Kelayakan
- Individu yang menerima bantuan program khas kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
- Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan;
- Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun;
- Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun.
Cara Memohon
Tuntutan mySalam bagi pembayaran tunai RM8,000 penyakit kritikal boleh dibuat dengan tatacara berikut:
- Langkah 1: Layari mySalam dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
- Langkah 2: Klik ‘Muat turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
- Langkah 3: Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
- Langkah 4: Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
- Langkah 5: Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
- Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
- Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
- Langkah 6: Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lengkap berkenaan mySalam, semakan dan tuntutan boleh dibaca serta dikemukakan – DI SINI.