Pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan B40.
Salah satunya adalah melalui Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa:
Rumah PPR
PPR Disewa diperkenalkan pada Februari 2002 dengan tujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar berpatutan.
Setiap rumah PPR akan memiliki ciri-ciri berikut:
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan : 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Cara Memohon
Berdasarkan maklumat dari Portal Teduh KPKT, pada ketika ini terdapat dua projek PPR Disewa yang sedang dibuka iaitu PPR Pasir Mas, Kelantan (sewa RM250) dan PPR Tagasan, Semporna, Sabah (sewa RM280).
Permohonannya boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lengkap berkenana PPR Disewa boleh dirujuk DI SINI, manakala senarai projek boleh dilihat DI SINI.