Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.
Antara bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Selaras dengan penyasaran semula subsidi, pihak Kerajaan telah menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Pembayaran STR Fasa 1 telah pun dikreditkan kepada yang layak bermula pada 29 Januari 2024. Berikut adalah maklumat kelayakan bayaran maksimum untuk setiap kategori penerima:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM1,000
- Bilangan anak 1 – 2: RM1,500
- Bilangan anak 3 – 4: RM2,000
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM2,500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM1500
- Bilangan anak 1 – 2: RM750
- Bilangan anak 3 – 4: RM1,000
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM1,250
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM350
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM600
STR Fasa 2
Berkenaan dengan pembayaran STR Fasa 2, ia akan dibuat kepada yang layak pada bulan April 2024. Berkenaan dengan kadar yang diberikan, ia akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Dalam masa sama, pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga diteruskan dengan kadar sebanyak RM1,200 setahun. Pembayaran bantuan ini akan dibuat melalui MyKad penerima yang layak sebanyak RM100 setiap bulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.