Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Belanjawan 2024 ini melibatkan pelbagai jenis bantuan dan insentif kewangan kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan…
Sumbangan Kerajaan RM2,000
Pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2024 telah memperkenalkan sumbangan tunai yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Kadar sumbangan tunai ini adalah sebanyak RM2,000 dan RM1,000 dan diberikan secara sekaligus (one-off) kepada para penerima berikut:
- RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
RM1,000 juga akan diberikan kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Sumbangan tunai ini diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.
Pembayaran Sumbangan Tunai
Sumbangan tunai ini akan dikreditkan terus ke akaun penerima yang layak. Dimaklumkan juga bahawa sumbangan ini akan dibuat secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Tarikh pembayaran pula adalah pada 23 Februari 2024. Tarikh itu dipilih adalah bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang Ramadan dan Syawal.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.