Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Musim Tengkujuh
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Malah, kadarnya juga telah dinaikkan kepada RM800, berbanding RM600 sebelum ini.
Objektif utama BMT adalah bagi meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.
Berdasarkan kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Musim Tengkujuh atau Monsun Timur Laut dijangka bermula pada 11 November 2023 sehingga Mac 2024.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
Tarikh Pembayaran
Pembayaran BMT akan dibuat secara empat fasa iaitu bermula pada November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar bantuan sebanyak RM200.
Cara pembayarannya pula adalah secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.