Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.
Antara bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Selaras dengan penyasaran semula subsidi. pihak Kerajaan telah menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024, kadar STR yang ditetapkan adalah dari RM350 sehingg RM2,500 berdasarkan kategori penerima, tangga pendapatan dan tanggungan.
Dalam masa sama, para penerima STR juga layak untuk menerima Skim Khairat Kematian (SKK).
Bayaran SKK RM1,000
SKK pada asasnya merupakan sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 bagi kategori Isi Rumah dan Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan yang diluluskan STR mereka dan meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024.
Syarat-syarat kelayakan SKK adalah seperti berikut:
- Penerima STR kategori Isi Rumah, Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan;
- SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia;
- Meninggal dunia pada tahun 2024;
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK;
- Waris hendaklah yang berdaftar di dalam borang permohonan STR sahaja.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Oleh itu, para penerima STR disarankan untuk mendaftarkan waris sebagai mereka yang boleh menuntut SKK. Mereka yang boleh didaftarkan adalah: Pasangan; Ibu; Bapa; Anak (Anak Kandung, Anak Tiri, Anak Angkat); Adik-Beradik atau Cucu.
Pembayaran SKK adalah secara tunai dan boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.