Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah bantuan tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) dan akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan RM2,500
Melalui Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah setuju untuk memberikan bantua tunai yang dikenali sebagai Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500.
Bantuan khas ini akan diberikan kepada sekitar 6,662 orang penjawat awam negeri berkenaan. Ia adalah tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan khas itu diharapkan dapat menyuntik semangat kepada semua penjawat awam untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.
Pembayaran Bantuan
Pembayaran bantuan tunai ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima berkelayakan. Pembayaran pula akan dibuat sebanyak dua kali iaitu pada hujung Februari dan hujung Mac 2024.
Bantuan ini diberikan secara automatik kepada mereka yang layak dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Di bawah Belanjawan sama, pihak Kerajaan Negeri Sembilan turut memperkenalkan baucar bantuan lesen motosikal sebanyak RM150 seorang kepada belia dari keluarga B40 terhad kepada 100 orang belia dari setiap DUN.
Bantuan Anak Sekolah (BAS) untuk pelajar-pelajar sekolah rendah juga akan diteruskan dengan peruntukan sebanyak RM900,000 dan Biasiswa Anak Negeri untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sebanyak RM800,000.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan Belanjawan 2024 Negeri Sembilan, sila rujuk juga di Portal Rasminya – DI SINI.