Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Bantuan Kerajaan RM2,000
Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan sebanyak RM2,000 dan RM1,000 yang dikenali sebagai Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Bantuan ini akan diberikan kepada para penerima dengan pecahan berikut:
- RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Bayaran insentif sebanyak RM1,000 juga akan diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Ia diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.
Pembayaran Bantuan
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Apa yang pasti, bantuan ini akan disalurkan secara automatik dan tidak melibatkan sebarang permohonan.
Pembayarannya akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi maklumat lengkap tentang bantuan ini, sila rujuk di Portal Rasmi Kementerian Kewangan – DI SINI.