Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Perkara sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat Oktober tahun lalu.
Antara bantuan yang diteruskan di bawah Belanjawan 2023 adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR): –
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan kepada golongan B40 dan M40 merangkumi kategori isi rumah, warga emas dan bujang.
Selaras dengan penyasaran semula subsidi. pihak Kerajaan telah menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Untuk pembayaran STR Fasa 1, berikut adalah maklumat penerima dan jumlah bayarannya:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM500
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM150
Pembayaran STR
Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia akan dibuat secara berperingkat mulai 29 Januari 2024 (Isnin). Pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima yang diluluskan permohonannya.
Bagi yang tidak tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Berdasarkan tinjauan di media sosial, antara bank yang telah dikreditkan adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) serta diikuti bank-bank seperti Bank Rakyat, Agrobank, Bank Islam, Maybank dan lain-lain.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Untuk maklumat lebih teliti berkenaan STR, sila rujuk di Portal Rasmi STR – DI SINI.