Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Melalui Belanjawan 2024 itu, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR pada asasnya merupakan bantuan khusu kepada rakyat Malaysia dari kalangan B40 dan M40 bagi meringankan beban kos sara hidup mereka.
Di bawah Belanjawan 2024, kadar STR telah dinaikkan selaras dengan penyasaran semula subsidi yang membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
STR Fasa 1
Bagi pembayaran STR Fasa 1 tahun 2024, ia akan dibuat dengan kadar dan kepada penerima berikut:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM500
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM150
Tarikh Pembayaran
Berdasarkan kenyataan Kementerian Kewangan, pembayaran STR Fasa 1 2024 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024 hari Isnin.
Pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Berkenaan dengan kaedah pembayaran, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima. Manakala, mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk juga di Portal Rasminya – DI SINI.