Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Tunai BMT
BMT atau Bantuan Musim Tengkujuh adalah sebuah bantuan tunai yang diberikan dengan kadar RM800. Jumlah itu menyaksikan peningkatan berbanding RM600 sebelum ini.
Bantuan ini dikendalikan di bawah RISDA dan akan diberikan kepada para pekebun kecil/penoreh getah sebagai usaha mengurangkan beban mereka ketika tibanya musim tengkujuh.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Pembayaran BMT
Pembayaran BMT dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa bermula November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar sebanyak RM200 dengan jumlah keseluruhan RM800 (empat fasa).
Pembayaran bantuan ini dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Bagi yang telah membuat permohonan, semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat di Sistem BMT RISDA – DI SINI.