Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Skim Mesra kepada mereka yang berkelayakan. Berikut adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan ini: –
Baucar Beli-Belah RM150
Di bawah Skim Mesra, terdapat dua jenis manfaat yang disediakan iaitu baucar beli-belah sebanyak RM150 dan khairat kematian sebanyak RM500.
Baucar beli belah itu akan diberikan setiap tahun seumur hidup penerima yang layak. Ia boleh digunakan di pasaraya yang telah ditetapkan sahaja untuk membeli barangan keperluan. Baucar berkenaan juga hendaklah digunakan dalam tempoh 3 bulan selepas penebusan dibuat.
Bantuan khairat kematian sebanyak RM500 pula tertakluk kepada kematian bermula 1 Januari 2021. Tuntutan khairat kematian itu hendaklah dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli berdaftar sahaja.
Untuk makluman, Skim Mesra ini adalah gabungan kepada dua jenis bantuan yang telah diperkenalkan sebelum ini iaitu Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS).
Syarat-syarat Kelayakan
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974; ATAU **Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Beralamatkan di Selangor dalam kad pengenalan;
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS)
- Warganegara Malaysia;
- Tiada had umur;
- Pemegang Kad OKU JKM;
- Masih hidup atau meninggal dunia (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Sedang menetap di Negeri Selangor;
- Pemohon berusia 18 tahun ke atas mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat; atau
- Pemohon berusia bawah 18 tahun, ibu/bapa/penjaga mestilah pengundi di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem e-Mesra.
Bagi yang diluluskan permohonannya, baucar berkenaan boleh dituntut di Pusat Khidmat DUN dengan membawa Kad Pengenalan asal ahli berdaftar.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini, ia boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.