Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Dompet sebanyak RM100 di bawah Program eMADANI. Akan tetapi, sebenarnya terdapat sebuah lagi bantuan e-Dompet dengan nilai RM300 setiap bulan.
Bantuan e-Dompet BINGKAS
BINGKAS adakah sebuan bantuan berbentuk e-Dompet sebanyak RM300 setiap bulan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Objektif utama bantuan ini adalah bagi meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup mereka dapat terus makmur.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
Cara Memohon
Untuk mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan BINGKAS ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Tatacara pendaftaran melalui SELANGKAH adalah seperti berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.