Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan Madani 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Belanjawan 2024 ini melibatkan peruntukan tertinggi yang pernah dibentangkan iaitu RM303.8 bilion untuk belanja mengurus, RM90 bilion untuk belanja pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.
Bantuan RM2,000
Terdapat sebuah bantuan kewangan yang telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024. Ia adalah Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.
Bantuan kewangan ini akan melibatkan pemberian tunai sebanyak RM2,000 dan RM1,000 secara ‘one-off’ kepada penerima yang berkelayakan.
Ia diperkenalkan bersempena dengan usaha Kerajaan yang sedang menyemak semula skim gaji dan elaun tetap penjawat awam.
Pecahan pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut:
- RM2,000: Kepada para penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
- RM1,000: Kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.
Dalam masa sama, bayaran insentif sebanyak RM1,000 juga akan diberi kepada jawatan utama sektor awam melibatkan semua pihak termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.
Tarikh Bayaran
Pembayaran bantuan kewangan ini akan dibuat pada akhir bulan Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan anak-anak serta persiapan menjelang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, pihak Kerajaan turut bersetuju meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang juga Fasa 1 nya bagi tahun ini akan disalurkan pada bulan Februari 2024.
Bagi maklumat lengkap tentang Belanjawan 2024, sila rujuk di Portal Rasminya – DI SINI.