Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Terdapat juba bantuan-bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri berdasarkan belanjawan tahunan masing-masing.
Antaranya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK). Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Tunai
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada para penjawat awam negeri berkenaan.
Bagi pembayaran bantuan khas itu kali pertama sebulan gaji minimum RM1,000, ia telah disalurkan pada Aidilfitri lalu. Manakala, pembayaran kali kedua pula telah dikreditkan kepada penerima yang layak pada 28 Disember 2023 lalu.
Berkenaan dengan pembayarannya buat kali ketiga pula, ia akan dilaksanakan pada Februari 2024 dengan kadar setengah bulan gaji atau minimum RM1,000.
Kerajaan Negeri berharap bantuan khas ini akan meringankan beban penjawat awam bagi persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula Mac 2024.
Cara Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang terdiri daripada para penjawat awam negeri Selangor dan termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang mana gaji dibayar kerajaan Persekutuan.
Dalam masa sama, pihak Kerajaan juga memperkenalkan BINGKAS iaitu sebuah bantuan berbentuk e-Dompet RM300 setiap bulan kepada golongan yang berpendapatan B40 berkelayakan.
Permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasminya – DI SINI.
Bagi makluman lengkap Belanjawan 2024 Selangor pula, sila rujuk – DI SINI.