Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Hal yang sama juga di bawah Belanjawan 2024 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada 13 Oktober 2023 lalu.
Melalui Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah atau STR dengan kadar yang ditingkatkan.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR adalah sebuah bantuan tunai daripada Kerajaan khusus kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang berkelayakan serta memerlukan. Ia juga bertujuan untuk membantu mereka dalam mendepani cabaran kos sara hidup pada masa kini.
Secara amnya, STR ini disalurkan kepada golongan B40 dan M40 berdasarkan jumlah pendapatan dan tanggungan mereka.
Kadar STR Fasa 1
Bagi pembayaran STR Fasa 1 tahun 2024, berikut adalah kadarnya berdasarkan kategori penerima:
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bilangan anak 0: RM500
- Bilangan anak 1 – 2: RM500
- Bilangan anak 3 – 4: RM500
- Bilangan anak 5 & ke atas:RM500
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Bilangan anak 0: RM100
- Bilangan anak 1 – 2: RM150
- Bilangan anak 3 – 4: RM250
- Bilangan anak 5 & ke atas: RM300
Bujang Pendapatan RM2,500 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM100
Warga Emas Tiada Pasangan Pendapatan RM5,000 & ke bawah
- STR Fasa 1: RM150
Semakan Kelulusan
Bagi pembayaran STR Fasa 1, ia akan dilaksanakan pada bulan Februari 2024. Namun begitu, tarikh rasmi pembayaran akan dimakluman oleh pihak Kerajaan dari semasa ke semasa.
Cara pembayaran pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima. Untuk mereka yang tidak memiliki akaun bank atau ia berstatus tidak aktif, penebusan tunai boleh dibuat melalui cawangan-cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Semakan kelulusan STR 2024, boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi STR dengan cara berikut:
- Klik log masuk MySTR;
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon;
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan;
- Masukkan Kata Laluan;
- Klik Semakan Status;
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
JOM MASUK KE TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan STR, sila rujuk juga di Portal Rasminya – DI SINI.