Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) 2023 yang akan dikreditkan tidak lama lagi. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Khas Kewangan
Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan setengah gaji kepada para penjawat awam negeri berkenaan.
Bagi pembayaran BKK kali pertama sebulan gaji minimum RM1,000, ia telah dilaksanakan pada Aidilfitri lalu. Manakal bagi pembayaran kali kedua pula telah dikreditkan kepada penerima yang layak pad 28 Disember 2023 lalu.
Manakala, bagi pembayaran BKK kali ketiga dengan kadar sebanyak setengah bulan gaji minimum RM1,000 akan dibayar pada Februari tahun depan.
“Pemberian ini diharap dapat meringankan beban penjawat awam bagi persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula Mac tahun depan,” kata Menteri Besar Selangor ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024.
Pembayaran Bantuan Khas
Bagi kaedah pembayaran BKK, ia akan dibuat secara kredit terus ke akaun penerima yang layak iaitu para penjawat awam negeri Selangor dan termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang mana gaji dibayar kerajaan Persekutuan.
Dalam perkembangan sama, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan Program MamaKerja yang melibatkan pemberian RM1,000 kepada 5000 wanita yang bekerja dan bermajikan di negeri berkenaan.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Permohonannya boleh dibuat melalui aplikasi Selangkah dengan beberapa syarat kelayakan ditetapkan termasuk mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak berumur 12 tahun ke bawah dan berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah.