Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah sebuah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB). Ia ditubuhkan pada Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB.
ASNB menyediakan pelbagai jenis produk pelaburan dan yang paling popular sudah semestinya Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang menjadi pilihan majoriti rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2023, ASNB telah mengumumkan agihan pendapatan (dividen) bagi ASB sebanyak 5.25 sen seunitbagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.
Bagi pembayaran Pengagihan Pendapatan (dividen) ASB ini akan dilaburkan semula ke dalam akaun pemegang unit sebagai unit tambahan dan akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit secara automatik pada 1 Januari 2024.
Cara Semak & Buat Pengeluaran
Bagi yang ingin membuat semakan dividen yang dikreditkan, ia boleh dibuat secara dalam talian (online) di portal, kiosk dan aplikasi mudah alih myASNB serta perbankan internet ejen ASNB yang beroperasi secara masa nyata (‘real-time’).
Bagi semakan di myASNB, ia boleh dibuat dengan kaedah berikut:
- Buka Portal myASNB atau muat turun Aplikasi myASNB;
- Buat pendaftaran (bagi yang belum mendaftar)
- Log masuk dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan
- Klik pada menu ‘Penyata’
Selain itu, semakan juga boleh dibuat melalui cawangan-cawangan ASNB atau ejen ASNB bermula pada 2 Januari 2024.
Penyata Pengagihan Pendapatan akan dihantar bersama dengan laporan pengurus dalam tempoh dua bulan selepas tahun kewangan berakhir.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bagi pengeluaran ASB secara dalam talian (online) pula, ia boleh dibuat di myASNB dengan cara berikut:
- Log masuk di aplikasi myASNB atau portal MyASNB;
- Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan;
- Klik pada menu “Transaksi” dan pilih menu “Jualan Balik”;
- Akan keluar maklumat akaun bank yang telah didaftarkan dalam portal;
- Isi maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran;
- Jumlah pengeluaran akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
Maklumat lebih teliti berkenaan dividen ASB 2023, sila lihat di Portal Rasmi ASNB – DI SINI.