Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong IKIM
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED FA29
- Kumpulan: Pelaksana
- Taraf Jawatan: Kontrak satu tahun sebelum dipertimbangkan ke jawatan Tetap tertakluk kepada prestasi dan syarat-syarat yang ditetapkan
- Jadual Gaji: RM2,092 – RM5,830
- Elaun:
- Khas: RM160
- Perumahan: RM300
- Bantuan Sara Hidup: RM350
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dibuat dengan mengemukakan surat permohonan beserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p.: Unit Modal Insan)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 02 JANUARI 2024, SEBELUM JAM 5 PETANG.
Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.