Banyak jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antara adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang akan dikreditkan kepada yang layak. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan bantuan berkenaan: –
Bantuan Khas Kewangan RM2,000
Di bawah Belanjawan 2024 Negeri Sabah, Kerajaan negeri telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM2,000.
Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua penjawat awam negeri, termasuk bertaraf sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian.
Pemberian bantuan khas itu dibuat selaras dengan langkah Kerajaan Persekutuan yang memberi jumlah sama kepada penjawat awam Persekutuan menerusi di bawah Belanjawan 2024.
Menteri Kewangan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata bantuan itu diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen serta usaha penjawat awam menggalas tugas yang diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.
“Saya berharap insentif ini akan memberi suntikan semangat terhadap penjawat awam negeri untuk terus berusaha dengan lebih gigih demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Sabah.
JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Pembayaran bantuan ini akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada Januari 2024 dan RM1,000 lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Secara keseluruhan, Kerajaan Sabah membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Sabah Teguh, Rakyat Terbela’ sebanyak RM5.701 bilion dengan anggaran lebihan RM35.87 juta.