Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya adalah melalui bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai BINGKAS. Ini adalah penjelasan lanjut berkenaan bantuan e-Tunai ini: –
Bantuan e-Tunai RM300
Pada asasnya, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah bantuan e-Tunai yang dikenali sebagai BINGKAS. Bantuan ini datang dengan kadar RM300 yang dikreditkan setiap bulan secara automatik.
Objektif utama bantuan ini adalah untuk meringankan beban kewangan rakyat dan membantu ketua-ketua keluarga membeli barangan keperluan asas bagi kualiti hidup mereka dapat terus makmur.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di negeri Selangor;
- Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah;
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Permohonan bantuan BINGKAS ini boleh dibuat secara dalam talian (online) di Portal Rasmi BINGKAS atau melalui aplikasi SELANGKAH.
Cara pendaftaran melalui aplikasi SELANGKAH boleh dibuat dengan langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi dan klik pada panel BINGKAS;
- Isi borang yang dengan maklumat yang tepat dan klik ‘Teruskan’;
- Muat naik dokumen-dokumen yang ditetapkan;
- Klik ‘Hantar’
- Pendaftaran berjaya dan pemohon akan dimaklumkan dalam masa terdekat sama ada lulus atau tidak.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI.