Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang dikenali Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) di bawah Belanjawan 2023 kepada mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana bantuan kewangan ini:-
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)
Di bawah Belanjawan 2023, pihak Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada RM800, berbanding RM600 sebelumnya.
Bantuan yang dikendalikan oleh RISDA ini diperkenalkan bagi membantu para pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh untuk meringankan serta mengurangkan beban kewangan mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Tarikh Pembayaran
Pembayaran BMT dibuat secara berperingkat sebanyak empat fasa, bermula pada bulan November 2023 hingga Februari 2024. Setiap fasa akan melibatkan kadar RM200 dengan jumlah keseluruhan RM800 (empat fasa).
Pembayarannya pula akan dibuat secara terus ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat di Portal Rasmi RISDA – DI SINI.